Sunday 10 July 2011

APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DALAM KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN


SINOPSIS: APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DALAM KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN
            Pengajaran  bahasa  dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran  yang  bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar.  Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Walaupun pengajaran BM hanya melibatkan penguasaan bahasa kelihatan amat mudah dikuasai.Namun terdapat beberapa  isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran.
            Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM amat sesuai untuk memberi impak terhadap  permasalahan yang dihadapi. Guru BM sebagai pengendali pengajaran perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer.Sebagai guru BM mereka sepatutnya  memahami konsep penggunaan komputer di dalam bilik darjah.Berdasarkan dapatan kajian didapati pemahaman sampel kajian terhadap PBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantu Komputer) pada dasarnya PBBK dilaksanakan dengan pelajar berinteraksi dangan bahan tersedia di dalam computer. Pelajar akan menggunakan bahan tersebut dengan bantuan guru.
            Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan  pembelajaran yang terdapat dalam CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran.  Pelajar menggunakan enjin pencarian (spt google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Penggunaan internet ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan .Selain itu penggunaan LCD penggunaan bahan bantu elektronik yang lain mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar.
            Dapatan kajian menunjukkan penggunaan computer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar terhadap BM .Pelajar yang pandai menunjukkan    minat menggunakan computer di dalam pengajaran(min 3.14).  Bagi pelajar yang lemah kurang menunjukkan minat(2.74).  Dalam hal ini pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi member kesan yang lebih kepada pelajar.Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan computer dalam pengajaran seperti:
            a) Terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer.
            b) Guru menghadapi masalah masa yang perlu diberikan dalam menyediakan bahan,         
c) Komputer yang digunakan  di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti
            dan teknologi.
            d) Sistem penyelenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah.
e) Masalah bilik komputer juga mengganggu kelancaran.Terdapat guru yang tidak dapat menggunakan  bilik computer kerana sering digunakan pelajar lain.
Untuk mengatasi masalah itu beberapa langkah telah di ambil:
a) Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah .
b) Sediakan peruntukan  yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer.
c) Wujudkan prasarana ICT yang sesuai.
d) Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan pentadbir.
e) Memberi lebih dorongan kepada pelajar supaya minat kepada komputer.
f) Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.
Di sini dapat dirumuskan guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman mantap.  Tiga kumpulan penting dalam pembelajaran bahasa Iaitu komputer,bahasa dan pembelajaran.  Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur  pelaksanaan pengajaran  menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.

8 comments:

  1. sememangnya penggunaan komputer dalam mata palajaran bahasa akan meningkatkan minat murid untuk belajar .

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dengan kenyataan cikgu nazri tu.

    ReplyDelete
  3. Penggunaan ICT dlm P&P membantu murid menguasai pelajaran dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  4. penggunaan komputer sememangnya amat digalakkan dalam pengajaran bahasa, tujuannya amat jelas untuk menarik minat murid. Dengan itu marilah kita bersama-sama mengaplikasikannya dalam pengajaran.

    ReplyDelete
  5. Penggunaan ICT ini dapat menjadikan p&p lebih menarik dan murid lebih berminat dan memberi tumpuan yang baik. Para pendidikan juga seharusnya celik it dan perlu mendalami bidang ICT ini.

    ReplyDelete
  6. Betul tu Zai......P & P lebih berkesan dan menarik...

    ReplyDelete
  7. Masih ramai guru kita tidak mahu menggunakan ICT walaupun pelbagai bahan dan alatan disediakan.Belum cuba belum tahu..dah cuba nak guna selalu..cepat,mudah,mennyeronokkan.

    ReplyDelete
  8. memang benar. Kalau dulu nak buat satu gambar kena lukis,warna dan gunting tapi kini dengan satu klik aje ada pelbagai gambar.

    ReplyDelete